ini blog saya
  • Blog
  • Refleksi Saya
  • Tentang Saya
  • Tugasan Saya

refleksi 4 (7/11/2014)

12/19/2014

0 Comments

 
Bismillahirrahmanirrahim..

Pada 7 November yang lalu, kelas dijalankan seperti biasa. Pada minggu ini, saya dan rakan-rakan telah didedahkan mengenai penggunaan video dan fotografi. Kami telah mempelajari prinsip asas fotografi dan teknik- teknik menggunakan kamera dan bagaiman menghasilkan gambar yang cantik. Saya berasa teruja kerana Dr. Fariza juga akan mengajar bagaimana ingin mengambil gambar  secara professional di luar kelas pada minggu akan datang. Tidak sabar rasanya kerana fotografi merupakan salah satu bidang yang saya gemari dan masih banyak perkara yang saya perlu pelajari lagi.

Di samping itu, Dr. fariza juga sering mengingatkan kepada kami tentang tugasan individu membuat model 3D. Saya masih lagi dalam perancangan ingin membuat model yang dapat memberi kegunaan pada pelajar di sekolah. Ada beberapa perancangan yang saya ingin lakukan namun masih lagi belum membuat keputusan yang betul. Antaranya ialah, piramid makanan, struktur dalaman telinga , dan model orang solat. Saya masih lagi buntu untuk membuat keputusan atas faktor pemilihan bahan dan masa yang diperlukan untuk membuat model tersebut. Semoga segalanya dipermudahkan InsyaAllah.

Picture
0 Comments

refleksi 3 (23/10/2014)

12/19/2014

0 Comments

 
Bismillahirrahmanirrahim..

Pada minggu ini, kelas tutorial diteruskan dengan tajuk “Educational Technology and Instructional Technology”. Kami telah mempelajari domain-domain dan teknologi pendidikan.

Antara pembelajaran yang saya pelajari pada minggu ini ialah seperti printed materials, limitations, project visual dan sebagainya. Dr. Fariza juga memberikan aktiviti di dalam kelas dengan meminta kami membahagi mengikut kumpulan seramai 4 hingga 5 orang setiap kumpulan. Kami dikehendaki membincangkan topik topik yang diberikan. Antara tajuk yang perlu dibincangkan ialah kegunaan papan putih, akhbar, Graf, Poster dan Iklan. Kumpulan saya terdiri daripada 4 orang ahli iaitu kak Anis, Kak Fa Muhsin dan saya sendiri. Kami telah mendapat tajuk kegunaan akhbar. Kami menggunakan sumber melalui internet untuk mencari maklumat mengenai kegunaan akhbar. Antara kelebihan akhbar adalah boleh dikitar semula, boleh digunakan untuk mencari maklumat. Selain itu, dengan menggunakan surat khabar juga kita boleh juga membuat pelbagai seni dan kreativiti dengan menggunakan akhbar. Kita boleh menggunakan bahan tersebut untuk membuat kreativiti tanpa menggunakan pengeluaran wang yang banyak. Sebagai contoh, seperti gambar di bawah :

Picture
Picture
0 Comments

refleksi 2 ( 9/10/2014)

12/19/2014

0 Comments

 
Bismillahirrahmanirrahim.. 


Pada hari ini, saya dan rakan-rakan telah mempelajari dan mendapat pendedahan mengenai Web 2.0. Dr. Fariza memberikan pelbagai input yang menarik mengenai Web 2.0 di mana ia merupakan teknologi yang digunakan pada abad ini. Web 2.0 merupakan generasi kedua World Wide Web dan berkebolehan untuk berkolaborasi dengan orang lain. Di samping itu, kita boleh berkongsi maklumat secara dalam talian dengan mudah dan menjimatkan masa. Banyak kelebihan apabila menggunakan web 2.0  di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh penggunaan Wikipedia, facebook, blog, twitter dan pelbagai lagi. Saya telah mempelajari pelbagai kegunaan web 2.0 dan sangat diperlukan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


 

Picture
0 Comments
    Picture

    Author

    Nur Amanina Bt Mohd Khairuddin
    UKM
    pendosa tanpa noktah.

    Archives

    January 2015
    December 2014
    October 2014

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.