ini blog saya
  • Blog
  • Refleksi Saya
  • Tentang Saya
  • Tugasan Saya

refleksi 4 (7/11/2014)

12/19/2014

0 Comments

 
Bismillahirrahmanirrahim..

Pada 7 November yang lalu, kelas dijalankan seperti biasa. Pada minggu ini, saya dan rakan-rakan telah didedahkan mengenai penggunaan video dan fotografi. Kami telah mempelajari prinsip asas fotografi dan teknik- teknik menggunakan kamera dan bagaiman menghasilkan gambar yang cantik. Saya berasa teruja kerana Dr. Fariza juga akan mengajar bagaimana ingin mengambil gambar  secara professional di luar kelas pada minggu akan datang. Tidak sabar rasanya kerana fotografi merupakan salah satu bidang yang saya gemari dan masih banyak perkara yang saya perlu pelajari lagi.

Di samping itu, Dr. fariza juga sering mengingatkan kepada kami tentang tugasan individu membuat model 3D. Saya masih lagi dalam perancangan ingin membuat model yang dapat memberi kegunaan pada pelajar di sekolah. Ada beberapa perancangan yang saya ingin lakukan namun masih lagi belum membuat keputusan yang betul. Antaranya ialah, piramid makanan, struktur dalaman telinga , dan model orang solat. Saya masih lagi buntu untuk membuat keputusan atas faktor pemilihan bahan dan masa yang diperlukan untuk membuat model tersebut. Semoga segalanya dipermudahkan InsyaAllah.

Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Picture

    Author

    Nur Amanina Bt Mohd Khairuddin
    UKM
    pendosa tanpa noktah.

    Archives

    January 2015
    December 2014
    October 2014

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.